APA DIA?! NAK MAKAN PISANG KENA TENGOK WARNA DULU - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: APA DIA?! NAK MAKAN PISANG KENA TENGOK WARNA DULU

AFB Feeds

14 Julai 2019

APA DIA?! NAK MAKAN PISANG KENA TENGOK WARNA DULU


Assalammualaikum & hello there.

NAK MAKAN PISANG TENGOK WARNA DULU | Dulu masa mula berjinak dengan pisang selalu tengok orang putih ambil yang ada hijau hijau. Kita suka yang dah ranum. Senang buat cekodok. siapa yang macam ni juga? Itu masa dulu dulu. Zaman tak cari ilmu. Suka yang dah masak betul. Sebab sedap bila dah masak betul. Mungkin juga sebab dah terbiasa begitu kot.

Tapi saya tertanya tanya kenapa orang putih ambil pisang masih ada hijau-hijau? 

Maka bermulalah episod cari jawapan. Biasanya saya tengok jurnal dulu. Dan buat carian di website yang muktabar sikit.

Bagusnya di supermarket di Australia samada Coles atau Woolworths ada table atau gambar macam kat bawah. Bagi pengetahuan pada pengguna. Mudahkan kita buat pilihan. Bukan saja pisang. Avocado pun ada. Senang untuk pengguna dan tak rasa tertipu.


Bila balik Malaysia pergi kedai, tukang jual mesti letak yang masak atas meja. Saya akan tanya yang hijau lagi ada tak. Biasanya ada. Tersimpan dalam bakul. Maka tunduklah pakcik makcik tu ambil pisang dalam bakul. Sesekali kesian juga sebab bunyi mengaduh sakit muncul.

Masa mula start Seminar Otak Cantik Otak Cerdik atau OCOC pun saya sebut ambil pisang hang masih ada hijau sikit sikit. Bagusnya selain aspek kesihatan, pisang tahan lama sikit. Kalau ambil yang dah ranjm, cepat jer jadi hitam. Tak dapat nak makan, berakhir jadi lempeng atau cekodok. Lepas ini kalau nak beli pisang bolehlah jadikan chart ini sebagai panduan. Mudahkan hidup kita.

Sumber : TelegramDrRizal


2 ulasan:

  1. info yang menarik ni, baru tahu apa beza warna kulit pisang ni. tq2 🙆🏻‍♀️

    BalasPadam
  2. nice kak OM
    thanks for sharing^^

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com