Taman Eko Rimba, Bukit Nanas, KL - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Taman Eko Rimba, Bukit Nanas, KL

AFB Feeds

24 Jun 2019

Taman Eko Rimba, Bukit Nanas, KL

Assalammualaikum & hello there!



TAMAN EKO RIMBA BUKIT NANAS KL | Siapa kata kat KL tak boleh trekking dalam hutan? Untuk korang yang belum lagi tahu akan tempat ni, sila baca sampai habis. Om dah tahu tempat ini sejak belajar lagi tapi tak ada masa untuk melewat dan jalan jalan di Taman Eko Rimba. Jadi semalam, Om, suami dan juga adik Om berkesempatan jalan jalan ke sini. Om lebih suka jalan di tempat tempat yang free, salah satunya Taman Eko Rimba. Faham faham ajelah tengah bulan memanng tak ada duit, kita pergi je tempat free untuk relax our stress.

Waktu Lawatan :

7.00 pagi sehingga 7.00 petang setiap hari
Masuk adalah PERCUMA

Macam mana nak pergi tempat ni? Waze kan ada, hehehhe. First, korang boleh je waze ‘Taman Eko Rimba KL’ waze ni akan bawak korang terus masuk ke dalam kawasan Menara KL. Jangan risau tau waze tak bagi korang sesat pun. Parking pun banyak, 1 jam parking RM4. Ye memang mahal tapi for car safety kene letak dalam area KL Tower. Korang boleh je parking luar tapi risau je kne saman dengan polis. Boleh ke naik LRT? Boleh sebenanrnya, turun di Monorel Bukit Nanas dan ambil teksi untuk kesini. Kang jalan kaki jauh pulak.



Apa yang ada di sini? Dah pergi Taman Eko Rimba, korang expect ada makan makan ke dalam ni? Untuk pengetahuan semua, Taman EkonRimba ini cukup kaya dengan hidupan flora dan fauna dana ia dikelasakan sebagai Hutan Dipterokarpa Pamah. Hehhehe untuk korang yang suka nature dan untuk relaxkan minda ha boleh sangat datang. Taman Eko Rimba ini sebenarnya ialah hutan simpan yang berada di tengah tengah bandar Kuala Lumpur. Taman Eko Rimba mempunyai keluasan 17.50 hektar dan sehingga kini ia mempunyai keluasan lebih kurang 9.3 hektar. Jangan expect lebih lebih sebab kita jalan di kawasan hutan simpan. Korang boleh juga cuba berjalan di atas “Canopy Walk” , panjang juga canopy walk ni. Boleh cuba tau!

Dinasihatkan bila korang kesini, sila patuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti membuang sampah, vandalisme dan sebagainya.

Sila ikut peraturan ye!

Untuk keterangan lanjut mengenai Taman Eko Rimba boleh hubungi

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
Forestry Department Peninsular Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin 
50660 Kuala Lumpur

Tel : 03-2026 4741
Faks : 03-2692 5657
Caeline : 1-800-88-5776



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com