OM PENGIDAP ANEMIA? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: OM PENGIDAP ANEMIA?

AFB Feeds

20 Jun 2019

OM PENGIDAP ANEMIA?

Assalammualaikum & hello there!

OM PENGIDAP ANEMIA | Adik Om dua orang adik sakit anemia ni dan Om tak sangka Om pun terikut ada sakit ni. Tengahari semalam Om dah start sakit di kawasan perut belah kanan. Om tahan sampailah jam 9 malam semalam, masa tengah sidai baju baru terasa betul betul sakit dan tak boleh membongkok. Mulalah nak merengek meleleh air mata. Suami tekan area perut tu, memang sakit nak tarik nafas pun sakit. Suami pun tak lengah, jom pergi klinik. Sampai kt klinik, Dr kata mungkin appendix, ha lagilah risau sebab tak mahu kena tahan wad. Terus Dr tu bagi memo untuk terus pergi ke Hospital Port Dickson.



Allah je tahu bertapa sakitnya nak menahan, suami pecut habis lah kereta tu. Risau makin teruk. Sampai je hospital, nurse dah start bagi ubat demam, tadi cek suhu kt klinik tu 37.5 tapi kat hospital ni suhu dah cecah 39. Nurse mintak ambil darah dan air kencing. Lama juga tunggu result, rupanya kencing Om terkena jangkitan kuman. Patutlah seminggu rasa sakit je nak kencing, bila kencing sakit pula tu. Lagi terkejut Dr kata “Darah sel merah awak ni rendah ni, sekrang belum mengandung dah rendah, nanti dah mengandung lagi rendah, dah susah nanti” Time tu dah terkejut dah, memang tak sangka sangat sangat.

Dr suruh xray dan cek sakit puan malam tu jugak. Xray rupanya ada najis, Dr bagi ubat yang cucuk kt punggung tu terus keluar tapi tak banyak, nak kata sembelit , cirit birit ada lah. Tak tahulah apa kena dengan badan malam tu. 

Alhamdulillah tak kena tahan wad dan bukan appendix. Dr bagi ubat tambah darah dan vitamin, kalau dalam masa 2 minggu darah still rendah. So kne cek darah dan kena kawal selama 3 bulan. Harap korang pun pergilah buat cek up, jangan bila dah sakit baru terhegeh hegeh nak pergi hospital. 

2 ulasan:

  1. OM, amalkan makan bayam merah dan makanan yang bleh tambah darah selain dari ubat- ubatan yang doc bekalkan, akak preggy dulu pun anemia gak..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com