KELEBIHAN DUDUK DI DALAM MAJLIS ILMU - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: KELEBIHAN DUDUK DI DALAM MAJLIS ILMU

AFB Feeds

21 Jun 2019

KELEBIHAN DUDUK DI DALAM MAJLIS ILMU

Assalammualaikum & hello there!

KELEBIHAN DUDUK DI DALAM MAJLIS ILMU (MAJLIS ALIM ULAMAK) | Orang yang duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh alim-ulama' akan mendapat 7 kemuliaan, walaupun tidak mampu mengingati apa yang diajari oleh ulamak tersebut:


1- Kebesaran orang menuntut ilmu.

2- Tempoh masa berada dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada melakukan dosa.

3- Setiap langkah menuju kemajlis ilmu ulamak akan mendapat rahmat.

4- Setiap rahmat yang diturunkan untuk alim ulamak, anda akan mendapat bahagian yang sama.

5- Setiap perkataan yang didengar akan mendapat pahala.

6- Para Malaikat akan memayungi mereka yang menuntut ilmu dengan penuh kerahmatan.

7- Setiap langkah penuntut ilmu akan mendapat pahala dan terhapus dosa serta meninggikan martabatnya di dalam Syurga Allah s.w.t.

Wallahu’alam.

Sumber : Telegram

2 ulasan:

  1. Diharap setiap kali menghadiri majlis ilmu kita sentiasa menjaga adab-adab ketika berada di majlis tersebut.

    BalasPadam
  2. Memang mulia mereka yang dapat duduk dalam majlis ilmu.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com