BERAPA LAMA SKINCARE NAK NAMPAK RESULT? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: BERAPA LAMA SKINCARE NAK NAMPAK RESULT?

AFB Feeds

16 Jun 2019

BERAPA LAMA SKINCARE NAK NAMPAK RESULT?


Assalammualaikum & hello there!

BERAPA LAMA SKINCARE NAK NAMPAK RESULT | Sebenarnya apa yang perlu korang buat ialah bersabar. Takkan esok nikah, lusa dah beranak? Sama juga skincare kita ni, bukan hari ni pakai esok terus nampak result or any skin changes. It actually depends pada skin masing masing juga. Please do remember, serum kalau korang baru pakai 2 3 minggu atau even seebulan sekali pun, jangan expected akan bagi any drastic result. It takes even more longer time depending on your skin tolerant. Faham tak?



Ada yang suka sangat tanya, kesan dia boleh nampak cepat tak? Eh cepat cepat nak pergi mana, kita dah lahir pun ambil masa juga tau nak berjalan. Take it easy je. Do not expect hari ni pakai esok lusa dah flawless. It will not happened overnight. Mungkin dalam tempoh seminggu ke ada lah perubahan macam your jeragat dah nampak pudar. Bagi Om, untuk nampak betul betul berkesan, at least ambil masa sebulan. Terutama bila you pakai produk yang dihasilkan dari natural devired ingredient bukannya product contain mercury atay hydroquinone ke yang confirm result dia lebih cepat dari biasa.

Kuncinya ialah consistency aka istiqamah. Kalau rajin apply, rajin buat all the basic skincare routine, rajin buat double cleansing, rajin exfoliaye, rajin apply spot treatment, rajin pakai sunblock & konsisten, in syaa Allah korang akan maintain it & the result can be seen more early. Tapi jangan expect or bergantung pada satu satu produk tanpa korang bantu produk tu untuk boostkan your skin healing process. Meaning that, pakai serum tapi tak nak pakai sunblock, malas nak buat double cleansing. Bantu kulit korangn dengan cara, nak pakai serum tapi pastikan korang konsisten buat basic skincare!

So! Nak cantik & kulit sihat, rajin dan konsisten.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com