Bekal Untuk Suami. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Bekal Untuk Suami.

AFB Feeds

18 Jun 2019

Bekal Untuk Suami.

Assalammualaikum & hello there!

BEKAL UNTUK SUAMI | Dulu mak Om yang selalu sediakn bekal Om untuk ke sekolah. Tiap tiap hari bawak bekal nasi goreng mak. Siapa je tak rindu? Tapi sejak dah kahwin ni, memang dah niat nak masak untuk suami bawak bekal. Jimat dan tak perlu nak membazir untuk makan tengahari. Zaman sekarang ni makan tengahari untuk seorang pun dah boleh cecah RM12 apatah lagi berdua betul? Kenapa nak malu kalau kita bawak bekal?



Lagi pun, Om terdengar bualan kakak ipar, dia kata kalau nak pandai masak kena hari hari masak. Bukan seminggu sekali, practice makes perfect. Dari situ dah teruja nak masak. Balik kerja je mesti dekat suami, “Abang, nak makan apa malam ni? Nak masak lebih terus untuk abang bawak bekal esok.” Ayat ni lah tiap pagi nak pergi kerja, tiap balik kerja mesti tanya. Alhamdulillah dapat suami yang tak memilih, sampai suruh buatkan ikan bilis goreng dengan bawang lada je untuk bekal. 

Lepas je habis cuti raya, dah mula dah bawak bekal. Kadang sampai tak ada idea nak masak apa. Suami ni kalau lauk bertemakan sambal memang laju & habis makan. Om pun peminat lauk sambal jugak sampaikan nak masak lauk lemak pun tak reti. Aduh tepuk dahi !  

Om tak pernah malu pun nak bawa bekal ke tempat kerja. Lagi pun bukan ke kita ni perempuan kena jaga suami dengan perut dia dulu? Nak tambat hati suami kena bermula dari perut dia 😂 tak gittew?

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Rajin Om masak makanan untuk suami bawa bekal. Bawa bekal nak nak air tangan isteri ni beekat dna jimat kan. Untung suami jenis tak cerewet

    BalasPadam
  2. Wah! so sweet.
    Senang bawa bekal tak payah susah-susah nak keluar lunch, nak kena cari ganglah, fikir nak makan apalah haish! macam-macam Mrs. A lettew.

    BalasPadam
  3. Wah bagus OM, nanti suami makin sayang la kan hari- hari makan air tangan wife dia..betul tu hari2 masak memang akan jadi expert nanti

    BalasPadam
  4. Bagusnya OM buat bekal untuk suami. Tak pandai masak takpe yang penting effort tu ada. Lama-lama nanti mesti pandai masak. Percayalah✌

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com