TIPS SHOPPING BERSAMA ISTERI - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: TIPS SHOPPING BERSAMA ISTERI

AFB Feeds

28 Mei 2019

TIPS SHOPPING BERSAMA ISTERI

Assalammualaikum & hello there!

Buat para suami di luar sana, siapa kata shopping dengan isteri ni susah? Korang aje yang tak teti nak ambil hati isteri. Sebenarnya, diorang ni pulak cuma nak your effort, tunjukkan yang korang ni sebnanrnya ada juga effort even tak seberapa. Sebab tu, end up para suami ni duduk di luar outlet je sambil pegang hp masing masing.




Kalau bab pilih barang, haa ini mencabar sikit. Om setuju. Takde petanda bila mereka dah muktamad apa nak dibeli. Mood mereka main peranan utama. Silap haribulan, hari tu tak beli apa pun, terpaksa cari masa lain untuk beli. Nah para suami, Om kongsi tips.

1. Jangan main henfon masa isteri pilih barang. Follow rapat-rapat belakang dia. Kalau nak jugak duduk, jangan lupa cakap:

“Sayang, take your time pilih. Saya duduk dulu.”

Ada beza tau, kalau masuk kedai para suami  duduk terus. Nampak sangat ko tak suka. Haha!

2. Kalau isteri mintak ‘suggestion’ yang mana sesuai. Para suami  pilih dua design yang terbaik. Jangan lebih. Ia untuk kurangkan masa mereka buat ‘kiraan logik’ untuk buat keputusan.

Rumus orang lelaki simple, pilih satu terus pergi kaunter. Wanita, mereka mungkin guna rumus ‘advance math’. Senang cerita, bayangkan ini momen dia setuju jadi isteri korang dulu. Haa nampak serius. Haha!

3. Kalau isteri mintak pendapat warna apa yang cantik. Tanyakan semula warna kasut mana ‘matching’ dengan majoriti kaler pakaian yang dia ada.

Lepas tu ‘jack’ lah sikit. Bagitau laa dia nampak elegan dan proffesional kalau pilih yang itu. Korang jangan pulak pakai perkataan ‘futuristik’.

Ingat dia nak beli kereta terbang kah apa?

4. Kontrol mimik muka. Elakkan mencebik. Senyum je. Korang  pun tak tau nape isteri asyik pandang muka kita masa pilih barang. Haha!

5. Masa dah habis bayar, elak tanya dua soalan ni.

“Dah puas shopping?”

“Nak beli barang lain?”

Ah sudah korang ni pun. Om sendiri pun pemantang gila dengan ayat macam ni!

Ini tips kalau keluar berdua. Kalau bawak anak-anak ini lagi mudah. Korang offer diri bawak anak pergi main kat tempat playground. Sebelum tu cakap kat bidadari:

“Awak shopping sendiri ye. Saya percaya yang awak pilih tu adalah yang terbaik. Macam awak pilih saya. Good luck, caiyok!”

Korang  tengok dia berlalu pergi sampai tak nampak lagi. Mesti dia toleh belakang tengok korang. Masa tu buat jari simbol love yang bebudak korea selalu buat tu. Haha. So itu aje. Semoga berjaya.

“Treat her like you’re still trying to win her and that’s how you’ll never lose her.”

Begitulah.


2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com