Assalammualaikum & hello there!

TEMPAT LEPAK TENGOK KAPAL TERBANG DI KLIA2 | Selamat berpuasa untuk hari ke 12. How's your day? Did your fasting is well? Bulan puasa ni memang kita kena jaga kesihatan jugak, berbuka dengan makanan yang seimbang, jangan berbuka dengan minum air yang banyak tau. Balancekan dengan makanan okay.

Hari ni berkesempatan lepak di kawasan KLIA2 tapi bukan didalam KLIA2 tu  tau, buat apa duduk dalam kalau bukan nak flight kan? Memang idok ler teman...

Daku rasa ramai je yang dah tahu tempat lepak tengok kapal terbang ni kan? Tetapi mana yang tak tahu tu tak apa. Daku ajar korang macam mana nak datang kat kawasan ni. Macam daku dari Lukut, PD akan lalu di kawasan Sepang. Daku ambil masa setengah jam dari rumah daku untuk sampai di situ. 


#1 How to go here?

Korang waze je "JALAN PEKELILING KLIA2", waze ni akan hantar korang betul betul di tempat Randezvous Point KLIA2, tapi korang jangan risau memang akan ramai & banyak kereta will be park on tepi jalan. Easy right? Sebenarnya ada dua jalan, korang boleh guna laluan Jalan Pekeliling atau Jalan yang berhampiran TUNE HOTEL, tapi daku rasa laluan tu quite pening sikit sebabnya memang akan terlajak ke balai ketibaan, dah nanti ke pusing semula. Better waze je Jalan Pekeliling.


#2 Waktu apa yang sesuai untuk lepak? 

Of courselah diwaktu petang kan? I think around 4pm until 7pm, tadi pun daku gerak dari rumah jam 4.30pm, dalam jam 5 pm dah sampai kat tempat lepak ni. Tak jauh mana pun kalau dari area PD. Boleh je bawak kanak-kanak, diorang mesti lagi excited. Daku sendiri pun jakun gila padahal selalu je naik flight. Tak pun bawak je sedara mara yang datang rumah kita ke sini. Bukan selalu kan jalan jalan kat tempat macam ni? Seriouslay memang ngam-ngam atas kepala kita tau kapal terbang tu. Daku jumpa Turkish Airline, Lion Air, Mas, Air Asia eh memang banyaklah. Kapal terbang ni akan mendarat tiap 10 minit, korang akan nampak cahaya lampu dari langit makin dekat dengan korang. Masa tu get ready ler camera and everything. Its time to capture a greatful moment.

Check point ini untuk kapal terbang arrival je tau bukan departure, kalau nak view kapal terbang departure, boleh pergi di jalan yang sama jugak. Do not worries, mesti orang ramai yang lepak.



Daku harap dengan perkongsian ni akan memudahkan perjalanan korang ke sini. In syaa Allah akan sampai dengan jayanya. Amin.

6 Ulasan

  1. perghhhhhh dekat gilaaa

    BalasPadam
  2. Okay terima kasih OM bagitau tempat ni. Teringin jugak nak lepak kat sini petang2

    BalasPadam
  3. uishh nampak dekat lahai kapal terbang tuuu

    BalasPadam
  4. Thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  5. Kalau motor boleh lalu situ ke? Ke kena naik kereta je?

    BalasPadam
  6. member ada ajak ari tu.
    tapi tak berkesempatan, OM.
    menarik nyer lah.
    aida pernah merasa plane atas kepala masa kat langkawi.
    airport kan tepi jalan jer. seronok!

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!