KISAH SAKIT PERUT - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: KISAH SAKIT PERUT

AFB Feeds

21 Mei 2019

KISAH SAKIT PERUT

Assalammualaikum & hello there!

The most thing that I really hate is sakit perut. Sakit perut memang annoying. Om rasa perkara ni lah yang paling pertama dalam senarai perkara yang Om benci. Sakit perut ni memang tak boleh dibawak bincang langsung. Bayangkanlah, Om kerja site then toilet pulak bercampur nasib baik bukan jamban duduk. Kiranya boleh consider lagilah. Can you imagine what I feel? Tiba tiba sakit perut yang memang sangat sangat nak jamban. Pernah Om alami situasi bila kat site air tak ada pulak. Haru biru wei muka menahan. Sampai satu tahap menangis sebab dah terlalu urgent nak membuang, terpaksa wei keluar balik dari site pergi ke Shell. Nak keluar balik site ni dah satu hal sebab take half an hour. Ya Allah dugaan apa ni!



Then, Om pernah kena jugak sakit perut bila tengah drive. Masa tu nak balik ke site Kluang, Om pulak dari rumah mak. Kiranya nak ke Kluang ni ambil masa 2 jam nak sampai. First tu, dari kampung ke Kota Tinggi memang dah rasa dh sakit perut. Om stop kat petronas, isi minyak then tunggu perut ni bila nak ke jamban. Tapi tak pergi pergi, perut meragam tapi najis tak mahu keluar pulak. I know, this is really disgusting bila korang baca entri ni and inilah pengalaman hampir tiap tiap hari Om kena hadap. Lepas tu, Om pun geraklah dari Kota Tinggi ke Kluang, yang bijaknya kenapa pandai sangat tak lalu highway! Masa ni Om lalu laluan lama ke Kluang ikut arah air terjun Kota Tinggi. Weiii!! Baru teringat Shell is limited kat sepanjang laluan yang Om lalu tu. 1 jam wei menahan sakit perut, sampai membebel & menangis tersedu sedu. Bahaya bila bawak kereta dalam keadaan sakit perut dan emosi yang mengganggu kita bila drive. Lepas 45 min drive barulh nampak Shell, bila pergi toilet pulak tak ada!! Dugaan apa lagi ni Ya Allah. Cashier Shell tu dah pelik dh bila Om tnya ada toilet tak? Mahunya tak pelik mata Om dah bengkak sebab menangis. Nasib baik Om tak pegang bontot tau! Terpaksa terus perjalanan ke office. Sampai office terus terjah bilik air masa tu orang ofis dah tegur kenapa mata bengkak. Om belari wei masuk bilik air! Sedih kan? 

Sakit perut tengah tengah malam buta, siapa je tk pernah alami? Dekat 6 kali keluar masuk bilik air membuang. Dugaan lagi ! Om harap gurl gurl out there yng nak sangat kerja site, pikirlah dulu kebajikan kita ni. Setengah office memang dia tak sediakan langsung toilet. Bagi Om, company yang professional ialah company yang jaga kebajikan pekerja dia dalam site. Jangan aniaya pekerja, kang tiba tiba keluar site cakap nak pergi toilet kang bising pulak, padahal memang dah sangat urgent. Om harap sesiapa jua yang alami situasi macam on bersabarlah. Dugaan sakit perut akan indah bila dah membuang. Ya Allah ayat Om!! Sorry okay kalau korang baca ni sangat disgusting. Sorry again.

2 ulasan:

  1. Kencing boleh bertolak ansur lagi tapi kalau nak buang air besar..memang boleh bergaduh laki binilah ibaratnya..

    BalasPadam
  2. YaAllah rasa nak join menangis sekali bila baca entri ni. memang seksa kalau kena tahan sakit perut yang nak berak huwaaaaaa

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com