KENALI MICRO SLEEP - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: KENALI MICRO SLEEP

AFB Feeds

20 Mei 2019

KENALI MICRO SLEEP

Assalammualaikum & hello there!

Siapa pernah mengalami Micro Sleep?

Micro sleep adalah keadaan di mana kita akan tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedari. Micro sleep ini terjadi terutamanya sewaktu memandu dan ianya sangat membahayakan diri dan keluarga yang bersama-sama kita. Ketika memandu kita paksa diri kita dan ingatkan kita masih sedar sedangkan rupanya kita dah terlelap beberapa saat!



Micro sleep ini juga terjadi pada waktu tertentu sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

Simptom-simptom micro sleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya micro sleep, paling utama berlakunya micro sleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

Jadi kalau rasa anda perlu memandu jauh pastikan anda dapatkan tidur yang cukup. Jika mengantuk berhenti rehat sebentar dilokasi yang selamat atau minum kopi panas di kawasan rehat dan rawat sepanjang perjalanan anda.

#Microsleep
#sayangikeluargkita
#hati-hatidalamperjalanan

3 ulasan:

  1. thank you for sharing. nauzubillah semoga dijauhkan. aamiin

    BalasPadam
  2. Minta dijauhkanlah. Kadang² tu sebab penat dan letih sangat dengan mata terbuka pun kita sebenarnya boleh blank sekejap. Nak-nak kalau bawa kereta tu jalan lurus je.

    BalasPadam
  3. Thanks for your sharing 😊

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com