IKAN REBUS AIR ASAM - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: IKAN REBUS AIR ASAM

AFB Feeds

23 Mei 2019

IKAN REBUS AIR ASAM

Assalammualaikum & hello there!



Selamat berbuka semua! Hari ni dah puasa yang ke 18. Tekak Om dah lama nak makan makanan yang boleh dicicah dengan air asam. Perghh dari pagi tadi terliur tau lauk ni. Jadi hari ni Om berbuka dengan lauk Ikan Rebus Air Asam & Sayur Goreng. Pergi bazar ramadhan pun dah tak tahu nak beli apa, minum air apa. Biasanya, hujung hujung puasa, ramai yang berbuka kat luar & ada juga yang makan buffet ramadhan. Tapi tak kesahlah yang penting berbuka.

Resepinya sangat senang,

1. Rebuslah ikan kembung or ikan yang bersesuai.



2. Ambil air rebusan ikan tu bersama asam jawa dan belacan. Korang gaul gaullah semua barang ni, then buang tau biji asam jawa tu. Kang retak gigi.


3. Letakkan garam, ajinomoto dan sedikit gula mengikut citarasa masing-masing.


4. Masukkan tomato, lada kecil, lada besar dan bawang besar yang telah dimayam ke dalam air asam tadi tu.



5. Gaulkan sebati air asam tu tadi dan hiaslah pada ikan rebus yang telah direbus tu.

6. Siap untuk dimakan. 

Selamat mencuba dan selamat berbuka. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com