FOCALLURE COSMETICS Part 1 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: FOCALLURE COSMETICS Part 1

AFB Feeds

25 Mei 2019

FOCALLURE COSMETICS Part 1

Assalammualaikum & hello there!

Hari ni excited sangat nak share dengan korang semua satu brand cosmetic yang murah dan bukannya produk timbang kilo. Di entri yang seterusnya, Om akan cerita lebih details tentang produk Focallore. Siapa je yang nak baca satu entri pos yang panjang berjela? Tunggu ye next entri.



Tak thulah macam mana tiba tiba datang mood nak beli barang make up, may be sebab nak raya dah kot takkan nak muka sendu je di pagi raya. Sebelum Om jumpa Focallure ni, Om nak beli one set of Alha Alfa tak pun Okaya. Tapi its quite expensive, merundum jiwa tengok harga. Then, Om bukalah video mua Halijah Hassim, dia ni kawan Om since belajar dulu then suami dia satu batch and satu bidang dgn Om. Time tu dia ada guna eyeshadow Focallore, Om pun google pasal Focallore ni sebabnya warna eyeshadow tu memang umphh tau!

Entah macam mana, tangan gatal sangat cari Focallore di Shopee. Eh, what!! Kenapa MURAH sangat ni? Dan kebetulan tengah usha tu Focallore buat sales kaw kaw, Om tak kuat iman terus nak beli je. 2 hari jugaklah Om pikir nak amik yang mana eak. Kang beli satu satu rugi boleh better Om amik yang 3in1 dapat banyak. 

1) Eyeshadow 14 colour with brush : RM18 harga asal RM38.80
2) Foundation + loose powder + Blush Brush : RM16.90 harga asal RM80
3) Gel Eyebrow + Black eyeliner + Black Mascara : RM 15.04 harga asal RM40
4) Highlighter + Contour + Blusher dalam satu bekas : RM8.50 harga asal RM30
5) 6pcs Brush Facollure : RM19 harga asal RM120





Jadi, Om cuma bayar untuk semua barang di atas itu dengan harga RM77.44 dan shopee bagi percuma penghantaran. Sepatutnya total yang perlu Om bayar jika tiada sales, RM308.80 dan Om jimat sebanyak RM231.36, huhuhuu mahunya tak jimat. Barang semua ni dari China Store. Ianya akan mengambil masa lebih kurang 7-15 hari tapi Om punya ngam ngam 7 hari dah sampai dah.

Om mintak korang pun tak terjebak sama ye! Korang tunggu next entri jugak ea!! Sebab Om akan review produk ni dan juga sedikit fakta tentang Focallore. Tunggu tau!






2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com