PotPet A Day #4 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: PotPet A Day #4

AFB Feeds

7 Februari 2019

PotPet A Day #4


Assalammualaikum & hello there!



Tengah duduk berhadapan kipas tadi, Allah datangkan ilham tentang DOA.

Baru sedar, kenapa DOA itu Allah tak jadikan sesuatu yang boleh dilihat. Antaranya supaya kita manusia, tidak berkira-kira.

Mungkin kita banyak doakan sahabat kita, tapi one day sahabat kita tinggalkan kita begitu sahaja, dan pergi kepada sahabat yang baru.

Waktu itu, andai kata doa itu boleh dilihat, pasti kita akan mengungkit-ungkit.

"Aku doakan kau banyak kali, tapi kau buat aku macam ni.."

Tapi bilamana Allah jadikan DOA itu TIDAK BOLEH DILIHAT, maka di situ kita belajar seperkara..

Iaitu, IKHLAS.

Kita ikhlaskan diri kita yang bertungkus lumus doakan sahabat kita, walaupun kita ditinggalkan.

Kita ikhlaskan diri kita yang sering doakan kebaikan pada orang lain, walaupun orang memandang kita seperti bukan siapa-siapa..

Dari situ, Allah melatih kita untuk sentiasa ikhlaskan diri.

Berdoa bukan untuk diambil kembali doanya, bukan untuk ditarik kembali, tapi untuk memberi dan merelakan pada mereka yang dipilih Allah.

Terima kasih buat yang mendoakan diri ini.


2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com