Kulit WajahKu Kembali Sihat? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Kulit WajahKu Kembali Sihat?

AFB Feeds

19 Februari 2019

Kulit WajahKu Kembali Sihat?



Assaalammualaikum & hello there!

Lama juga I tak kongsikan pengalaman I bersihkan jerawat daripada tahun 2017 sehinggalah sekarang. I nak ucapkan ribuan terima kasih kepada korang yang selalu mengikuti perkembangan I di blog dan juga instagram. 

"I kenal sis since sis review pasal dalacin T, itu yang follow sis sampai ke instagram."

Klik SINI untuk baca review dalacin T. Thank you korang! Untuk korang yang masih tidak tahu lagi tentang kulit I, meh I imbas kembali.


Sebenarnya, I tak pernah alami jerawat yang teruk dari sekolah. No, I tak pernah alami langsung. Tapi jerawat yang naik ketika, semasa dan selepas period tu memang normal. After that, jerawat akan hilang macam tu tanpa meninggalkan sebarang parut dimuka. Boleh check di previous post, klik je tahun 2014, 2015. Masa tu memang muka bersih dan putih. Heheheheh.

Maka, berakhirnya diploma, I terus dapat kerja full time as a site supervisor. Masa tu yang I tahu, kerja site memang banyak duit. I never thought kerja site ni senang dan bawa kemudaratan pada kulit I. Then, bermulalah perjalanan kulit I yang cepat sangat naik jerawat, sunburn dan susah nak elok. I kerja start bulan 2, 2016. Selama setahun I biar je kulit muka I macam tu, jerawat halus naik abaikan je. Tapi I tak pernah nak pakai pun produk local. Benda murah takkan effectnya cepatkan?

What do you think? Hari hari berjemur, kena hadaplah lagi habuk, berpeluh ni jangan ceritalah. Korang bezakanlah sendiri. "This is what I choose, ni kerja yang aku nak sangat kerja, padahal boleh je kerja tempat lain", ni lah ayat nak sedapkan hati. Sampai satu tahap I sendiri malu bila kawan baik I tak mahu salam cium pipi, dia kata jerawat I ni boleh berjangkit kat kulit dia. Hmmmm pedih hati but nevermind, cerita lama, I pun langsung tak contact dia. 

Start hari, I niat nak bersihkan balik jerawat I ni. I betul-betul terpengaruh dengan skincare sejak 2017. I bermula dengan cleanser. Cleanser ni macam macam jenis I dah guna. Cetaphil, Hada Labo, Syahirah. Eh macam macamlah tapi still tak mati jugak jerawat ni. Sampailah viral ubat jerawat dalacin T tu, I terus beli dan guna, alhamdullilah makin memnbaik tapi tak boleh guna lepas 3 bula, dikhuatiri kulit makin teruk.


I dah give up. Yelah, duit banyak habis beli skincare tapi tak elok jugak. Lepas balik dari Beijing, I terus nak buat bekam di wajah. Tu pilihan last untuk kulit I, kalau tak elok, I tak nak buat apa apa melainka berhenti kerja site.

Tapi, Allah ni sebaik perancang. Lain yang I jangka, lain yang I dapat. Lepas dua minggu, jerawat makin surut, then I cadang guna NARUKO CLEANSER, eh alhamdulillah jerawat makin kurang. Nak buat bekam ni, perbetulkan niat dulu. I niat memang nak bersihkan jerawat bukan nak lawa tau! Sejak dah susut jerawat tu, teruslah I belajar sikit sikit cara penjagaan wajah ni. Sebelum ni mana tahu apa itu Double Cleansing, AHA & BHA, Gritting method. Mana tahu semua benda ni. 

I banyak belajar dari Kak ImanAbdulRahim & Syahira Farzana. I amik sikit skit tips diorang. Belajar jugak dari youtuber korea. Yes, kerja sambil belajr sendiri. I try keep and error. Bila sesuatu produk tu, naikkan jerawat kita, better stop.


2 tahun juga tau, nak elok dan bagi sihat kulit ni. Ingat senang ke? Tapi I percaya, usaha tangga kejayaan. Allah suka orang usaha dan berdoa. In syaa Allah, Allah bantu. Percayalah Allah tarik nikmat sementara mesti bersebab. 

Kepada perempuan or lelaki yang alami masalah jerawat mcam I ni, usaha sampai berjaya. Semua yang terjadi ni mesti ada hikmahnya, bukan saja-saja. Maka rajinkan diri anda untuk selesaikan masalah, jangan tambahkan masalah lagi ye!

Kulit wajahku kembali bersih? YES! I love it and semoga diri ini tak malas nak buat skincare routine. Heheheheh

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum, lari tajuk sikit. fiza nak tanya kenapa url blog fiza di bloglist tidak mengarah ke laman fiza ye. www.fizacrochet.com. if link tak berfungsi boleh je delete ye. Just curious. Hehe.. Thank you...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, eh kulit dia dah cantik lah.. :D

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com