Interview Kerja Di Senawang. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Interview Kerja Di Senawang.

AFB Feeds

7 Februari 2019

Interview Kerja Di Senawang.

Assalammualaikum & hello there!

Happy Chinese New Year, 2019. Sebenarnya dah lama juga cari kerja dalam bidang engineering ni terutama jawatan site supervisor. I decide nak berhenti dengan company sekarang ni sebab hq kadang tak betul. Lagi pun dah 3 tahun bekerja dengan company ni, jadi why not tahun ke 4 kita cari pengalaman yang baru, betul tak?

Sejujurnya, I dah penat kerja full time as a site supervisor. No life! Hari Ahad pun kena kerja jugak tau. Kadang malam minggu tak ada pun life, like lepak lepak dengan member meber. I pun tak faham kenapa I choose this field as a career.


Nak dijadikan cerita, malam selasa ada nampak posting jawatan kosong as site supervisor di Senawang. I hantar resume then dalam setengah jam macam tu dapat sms, dia suruh datang interview hari rabu 6/2, I excited then minta dia tukar pada hari khamis 7/2, I tengah bercuti kat kampung then takkan nak balik malam tu jugak? Gelabah kot.

Rupanya office dia tu dekat tempat makan yang selalu I makan. Hahahah patutlah sampai kat area tu, macam familiar. So dai pun tanyalah soalan-soalan lain dari yang I jangka. Dia banyak nak tahu knowledge and pengalaman I kerja. Sepanjang 3 tahun ni, I dah pergi sebanyak 5 site yang berbeza. Ada yang senang, ada site yang susah. Alhamdulillah boleh harungi.

Tapi disebabkan nervous, boleh tersasul menjawabnya. Apa yang dok ingat tu, terus lupa. Nasib baik yng tukang interview tu tolong ingatkan. Adui... Please korang jangan nervous macam I tau. Sampailah part gaji experted tu. Dia kata keje mon-fri, sabtu tu 2 kali seminggu tapi sampai jam 2. Eh okay sangat sebab malam tu dah ada life lah kan? Pastu dia teranglah skop of work yang baru ni, you now what ? Keje as a M&E site supervisor dekat Tampin. Kerjanya quite tough tapi santai. Bila dia dah cakap macam tu, I dah faham sangat mesti susah. hahahaha.

Then, I cakap nak gaji 2800 tapi dia kata tinggi sangat, rendahkan lagi. I cuba bagi 2400 tapi stay dia tak mahu, nak paling rendah. I kata lah 2000 ke? Hmmm problem tu sebenarnya. Dia boleh bagi 1950 je tak termasuk lagi allowance rumah & transport. Bila I tanya balik berapa untuk allowance tu, dia tak bagi tahu. Tunggu 2nd interview. Aduii, i terdiam terus.

Dia kata,"awak balik pikir dulu. Nanti kalau awak dapat 2nd interview baru discuss pasal allowance, basic tu memang dapat tu je. Then lepas 6 bulan baru awak permanent."

Terus I diam tak cakap apa. Interview dengan dia ni banyak cerita pasal company dia je. I nak explain skop kerja yang sekarang pun susah tau! Mental je dengan dia tu. Rasanya I kena tolak sebab gaji kecik sangat tak sesuai dengan pengalaman I, korang rasa macam mana?

1 ulasan:

  1. Kalau allowance rumah & transport boleh dapat 1k boleh dipertimbangkan..kalau below 500 kalau akak, akak tolak basic mcm tu sebab rasa mcm tak berbaloi dgn pengalaman yg OM ada.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com