4 TIPS SEBELUM BELI TIKET FLIGHT KE AUSTRALIA - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 4 TIPS SEBELUM BELI TIKET FLIGHT KE AUSTRALIA

AFB Feeds

23 Februari 2019

4 TIPS SEBELUM BELI TIKET FLIGHT KE AUSTRALIA


Assalammualaikum & hello there.

Hari ni I nak share 4 tips sebelum beli tiket flight ke Australia. Tak kiralah kemana tempat yang korang nak pergi tetapi memerlukan visa,  boleh juga ikut panduan tips di bawah ni ye. 



1) Buat visa dahulu sebelum beli tiket flight.

Visa anda valid setahun dan kosnya serendah RM20 je. Risiko lebih rendah berbanding anda beli flight dahulu kemudian terpaksa burn ribuan ringgit sebab tak lepas visa. Nak apply pun tak susah. Tak perlu keluar rumah. Cari dalam online dan agent yang dipercayai.

2) Jika visa tak lulus, pastikan korang ada at least 45 hari sebelum berlepas untuk membuat rayuan.

Proses rayuan selalunya mengambil masa 14-30 hari bekerja. Sekiranya anda berjaya meyakinkan pihak kedutaan Australia dengan memberi dokumen yang lengkap, permohonan anda selalunya akan diluluskan.

3) Jangan langgar prosedur yang dah ditetapkan kedutaan Australia.

Jangan walk in ke kedutaan dan marah-marah minta dilayan. Jangan kata diorang yahudi, anti islam. Ikut sahaja prosedur iaitu dengan submit dokumen yang diminta melalui email. Permohonan korang ditolak kerana pihak kedutaan saspek korang ingin bekerja secara haram di sana. Jika korang bukan berniat demikian, buktikan sahaja kepada mereka dengan memberikan dokumen yang diminta contohnya buat itinerary

4) Normal sahaja jika anda apply untuk 4-5 orang satu family, tapi 1 orang sahaja tak lepas.

Dah biasa jumpa kes macam ni. Yang penting ikut prosedur. Kalau apply dengan agent travel, pastikan agent travel tersebut dipercayai. Risau juga nanti bila dah sampai masa untuk flight, agent menipu pulak.

Semoga bermanfaat ye.

2 ulasan:

  1. selalu ke awak pergi aussie. best nya! hmmm

    BalasPadam
  2. Tak pernah pergi Australia lagi, tapi kawan pernah sangkut kat visa, tiket flight semua dah settle.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com