Trip 2H2M Di Kota Padang, Indonesia Part 1. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Trip 2H2M Di Kota Padang, Indonesia Part 1.

Halaman

5 Januari 2019

Trip 2H2M Di Kota Padang, Indonesia Part 1.

Assalammualaikum.

Baru-baru I pergi bercuti selama 2 hari di Kota Padang, Indonesia. Kota ni tak pernah terdetik dalam checklist travel. Jadi, tunang I beli tiket sempena nak completekan azam ke 5 I tahun lepas. Dia pun beli dengan berharga RM300 pergi dan balik. Hmm entri ni agak panjang ye. I harap korang dapat habiskan baca dan I akan maksimalkan entri ni supaya tidak panjang. 


I sampai di Minangkabau International Airport jam 835 pagi (waktu indonesia). Sampai je memang nak direct pergi hotel untuk letak beg. I tahu memang terlalu awal nak check in. Korang boleh je guna grab apps, lagi murah berbanding dengan prebet sapu. Dah lah mahal pastu menipu pulak. Bayangkan dia offer dari airport to hotel lingkungan 40min je, diaa cas RM150 per orang. Memang tak lah I nak amik. Then I usha-usha lagi sampai dapat yang murah. 

Alamak! Terlupa nak snap gambar hotel. Actually I bermalam di Havilla Maranatha. Korang boleh cacri di Agoda. Murah  dan sesuailah untuk berehat. Kita travel bukan untuk duduk kat hotel. Cukuplah setakat berehat dan bersihkan diri. I rate for that hotel, 3.5/5. Sarapan pagi dia tak sedap, pastu reservation dia lembab sangat nak buat keje. Dekat 40 min I tunggu dia proses ketika check in. 

I dah letak beg di hotel, so I decide nak makan di Rumah Makan Mak Apuak. Jarak dari hotel about 20 min sebab kat Padang always macet (jammed). I pergi dan balik guna trip tau ketika pergi Rumah Makan Mak Apuak. 

 Rumah Makan Mak Apuak ni I pergi, viewnya di tepi laut tapi lauk tak ada lah sedap mana. Harga boleh tahan mahal jugalah. Kenapalah I pilih kedai makan ni. Nasib baik view tepi kedai makan ni cantik. Sempatlah snap 1 2 gambar macam tu. Hahahahha 1 posing 20 gambar. Macamlah tak faham.


Bila jiwa dah jatuh cinta dengan laut, memang tak sah kalau tak bergambar tepi pantai kan? Korang mesti ada habit yang sama kan? Kedai makan ni macam ala ala tepi pantai Terengganu tu, konsep makan bersila. Time I pergi ni memang tak ramai orang pun. Lama jugalah kat situ.

 


Next, I singgah sebentar di Pantai Padang.  Pantai Padang ni siang dan malam hidup je, 2 hari kat sana tak pernah tengok pantai ni sepi. Tengahari buta ada juga budak-budak yang bergasak main kereta control. Dik, tengahari dik tengahari. Takkanlaah tak berpeluh, cuaca kat Padang, panas terik berserta habuk. 

Korang juga boleh bergambar di simbol Padang, boleh secara percuma dan berbayar. Untuk berbayar, ada khidmat photographer dengan berharga RM3 per gambar siap cuci sekali. Tapi I tak try pun, malas nak membazir. Then, kawasan pantai ni memang air kepalanya murah, just RM3 tapi jika nak lagi murah boleh cari juga disekitarnya, I perasaan I biji korang boleh dapat RM1.50. Ha murah kan? Dapatlah basahkan tekak dengan air kepala.


Lepas dah bermandi peluh di Pantai Padang, I check in di hotel dan terus terlena sampai petang. Sedar-sedar dah jam 5pm, al maklum balik kerja overtime terus bergegas ke KLIA, punyalah cari port membuta kat KLIA tapi semuanya kena halau dengan security, Terasa hina di negara sendiri hahahah. 

Jadi, petang tu I pergilah jalan jalan di sekitar Jambatan Siti Nur Baya. Dari hotel ke jambatan ni, lebih kurang 15 min je. Tak jauh mana pun. Korang kenal tak siapa Siti Nur Baya?

Siti Nur Baya, sebuah cerita lagenda di Padang dan Sumatera Barat. Siti Nur Bay telah jatuh cinta dengan seorang jejaka bernama Samsul Bahri. Tetapi di halang oleh ayahnya dan dipaksa untuk bernikah dengan Datuk Meringgi. Jadi jambatan ini yang menghubungkan Kota Tua dan Gunung Padang yang merupakan tepian bukit dimana Siti Nurbaya pertama kali bertemu dengan kekasihnya Samsul Bahri.

Begitulah kisahnya.



Korang datang je ke jambatan ni memang macam macam jenis makan boleh jumpa. I teringin nak makan jagung bakar di kawasan tu, tapi takut cirit birit. Sebabnya terdedah sangat dengan habuk. Mee soto sedap tau kat sini. Korang sebelum nak beli tu tanya harga dulu, kang di tipu korang letak harga mahal mahal.

Tempat dia memang murah tapi bila convert harga still sama harga dengan Malaysia. Tak berbaloi lah kan? Jadi nak travel tu boleh, kena beringat dan berhati hati. Nanti I bagi part 2 pulak ye.

2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com