Siapa Macam Saya? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Siapa Macam Saya?

AFB Feeds

28 Januari 2019

Siapa Macam Saya?

Assalammualaikum & hello there!

Jemputlah join segmen kita, klik link bawah


Semalam, I pergi Nilai 3 untuk beli barang-barang goodies. I beli bunga manggar, bunga telor adalah 2 3 barang lagi. Then, lepas shopping semua untuk barang yang I nak tu. My fiance ajak cari mineral botol kecik yang 250ml tu, I malas nak pergi KL then I google cari tempat yang murah untuk beli air mineral tu. 

Tak jumpa tapi keluar iklan NSK. Hahaha baru teringat NSK seremban kan ada. I pun pergilah sana, nak balik rumah pun masih awal lagi. So I habiskan masa 2 jam kat NSK. Alhamdulilah jumpa jugak air mineral yang kitorang nak. Murah dan banyak, satu botol 250ml tu dapat 0.20 satu botol. 

Then, I tergeraklah hati nak cari sumi sumi, gula-gula lemon tea (cloud 9) & coklat bar jenama apollo. First, I selongkar tempat coklat bar tu, I got 64 pcs. Satu pcs 2.15. Just tak faham, bangla kat NSK kerek gila. Kita ni naklah kotak untuk isi coklat tu semua. Dia kata NSK tak provide kotak tapi yang I nampak banyak je kotak kosong bersepah atas rak tu.



I paksa tunang I pergi amik kotak tu jugak, dapatlah 2 biji. Masa nak bayar ni, I bengang gila. I dah cakap dengan perempuan cashier.

Me : Awak, saya beli ni 64 pcs, awak check dulu then baru scan semua sekali.

Cashier : Tak apa kak, saya boleh settle.

Pastu, 2 3 kali dia repeat untuk scan. I dah agak dah mesti terlebih scan. I cakap lagi,

Me : Awak, scan elok-elok tak nak nanti awak scan 2 3 kali benda sama. 

Cashier : *Buat muka kerek dia*

Habis dah bayar semua, I tak puas hati. I tolak tepi troli tu dah cek one by one barang yang I beli. Macam I agak dia over scan 4 pcs coklat tu! Cashier tu nampak I dok kira, tapi buat muka berlagak dia. Tunang I dah buat muka malas nak kesah then malu dgn orang ramai. I cakap tunang I, even 10 sen pun terbayar lebih kat diorang, I WANT MY MONEY BACK! Dia pun tak ada mood, bergasak main hp.

I  pergi balik kat cashier tu,

Me : Dik, awak dah terover scan 4 pcs ni, macam mana? 

Cashier : *Tak toleh muka* Jumpa supervisor kat sana tu..

Eh, aku lempang jugak budak ni kang. I tahu ramai customer beratur nak bayar tapi boleh kan cakap elok? Jumpa supervisor dia chinese women. Yang ni lagi sorang, I cakap cek dulu ada bape pcs then kira dekat troli. Ni tak dok kata, I ni salah kira. Datanglah supervisor india lelaki cek my troli and barang, pastu check resit. Dia kata, terlebih scan barang. Nak amik duit semula tak boleh, kena amik barang yang tadi tu jugak. 

Ha, kan senang? Apa yang susah sangat nak settle masalah?

I nasihatkan bila beli barang banyak tu, lepas je bayar check resit and barang yang kita beli. 20 sen lebih pun still duit kita jugak kan? Even dia kira kurang, sila jujur sebab barang tu barang kita, mana tahu bila tak bayar like on the resit, jatuh haram pulak. 

Siapa macam I? Check resit & barang pastu baru balik?

Hahaha, muka bengang je tunang I. I apa lagi bebel teruslah. 


3 ulasan:

  1. Haha Aien kadang² je macam OM. Sebab bila kita beli banyak, kita jadi lebih berhati2. Well, pernah jugak jadi cashier, rasa penat² guane pun kita jangan la kerek sngt dengan orang yg bayar gaji kita, ye dak?

    BalasPadam
  2. Sama.. Sha memang alert bab beli dan bayar ini.. kadang kita amik kurang tapi kena bayar lebih.. kadang bayar kurang, barang lebih.. 5 sen pun sha tuntut.. kalau 10 orang dah 50 sen..

    BalasPadam
  3. Saya tak sama dengan awak sejak beranak-anak ni...lucky my husband yang akan semak semua resit pembelian dan barang dlm troli. Me...lari riang ria dengan anak-anak...sebelum beranak rajin jugak semak resit pembelian...now dah semua anak-anak tidur baru ku tgk resit..tp tgk je lah...hehehhe

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com