Motivasi Diri #001 : Jangan Bandingkan Diri Sendiri - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Motivasi Diri #001 : Jangan Bandingkan Diri Sendiri

AFB Feeds

12 Januari 2019

Motivasi Diri #001 : Jangan Bandingkan Diri Sendiri


Assalammualaikum & hello there,

Jangan bandingkan hidup kau dengan hidup orang lain. Kau mungkin 
tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka. Jangan bazirkan tengan kau
terhadap gosip. Iri hati adalah perkara sia-sia. Kau sudah mempunyai semua
yang kau perlukan, BERSYUKUR.

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci
sesiapa. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kau selain diri kau sendiri. 

Ketahuilah bahawa hidup ini seperti sekolah dan kau di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu kokurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas sejarah, tetapi pengajarannya yang
akan kau pegang seumur hidup kau.

Kau tidak perlu menang setiap pertengakrang. Tidak kira kau setuju atau tidak.
Pandangan orang lain terhadap kau bukan urusan kau. Pekerjaan kau tida akan
menjaga kau bila kau sakit tetapi keluarga kau yang akan menjaga kau. Selalu berhubung.

Dahulukan Allah dalam segala yang kau fikir, apa yang kau katakan dan buat.
Bila kau terjaga di waktu pagi, bersyuku kepada Allah. Tak usah bersaing, cuma
pastikan yang kita lebih baik dari diri kita yang semalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com