KENAPA DOA TIDAK MAKBUL? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: KENAPA DOA TIDAK MAKBUL?

AFB Feeds

31 Januari 2019

KENAPA DOA TIDAK MAKBUL?


Assalammualaikum & hello there!

KENAPA DOA TIDAK MAKBUL? | Pernah tertanya tak dalam diri, kenapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah? Dah lama berdoa, makbulnya tidak ada pun? Adoi, doa benda lain, dapatnya benda lain.

Haaa, mengapa begitu?

Ramai orang tahu mengenai cara-cara untuk mendapatkan doa yang dimakbulkan, tapi sangat ramai yang tidak tahu mengenai kenapa doa tidak dimakbulkan.

1. Doa yang memaksa, tiada sifat tawadhu.

Doa macam nak minta lolipop dengan member,

"Weh, aku nak lolipop tu, kalau tak aku tak nak kawan.."

Contohnya,

"Ya Allah, jodohkan aku dengan dia, andai jodoh dia dengan orang lain maka jadikanlah aku orang itu agar aku menjadi jodoh dia"

Haa.. ni contoh memaksa!

Berdoalah dengan sopan dan cara seperti seorang hamba. Minta Allah berikan yang terbaik, jika apa yang diminta itu tidak baik, maka minta Allah jauhkan lalu kita kena redha dengan setiap pemberian
Allah.



2. Pembuat doa masih lakukan maksiat.

Ini antara sebab terbesar doa kita tidak dimakbulkan oleh Sang Pemakbul Doa. Mungkin doa kita itu memang sudah ditakdirkan untuk dimakbulakn tapi disebabkan masih ada dosa yang kita pertahankan, masih nak bermaksiat dengan gembira.

Lalu Allah tidak perkenankan doa agar kita sedar bahawa kita tidak jaga hubungan kita dengan Tuhan. Bila kita tidak jaga hubungan dengan Tuhan, lalu kita expect untuk layanan 5 bintang dari Tuhan? Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kamu.

3. Doa tidak sungguh-sungguh.

Doa main-main, tak serius pun. Mulut kumat kamit, tapi hati ingat lain. Bila baca doa, tak faham pun intipati. Tak cuba nak faham dan hafalkan terus ke kepala dan hati.

Jadi, bila kita tidak serius, bagaimana makbul tu nak serius?

4. Doa tapi tak ada usaha.

Nombor 4 ni sangat ramai yang buat. Ingat equation ni,

Doa tanpa usaha = Kurang bijak.
Usaha tanpa doa = Sombong.
Yang terbaik = Doa dengan usaha.

Apa lagi?

Jom kita sedaya-upaya menuju ke arah diri lebih baik.


Sumber : Aiman Banna

4 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini.. Boleh dipraktikkan.. kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita buat tu salah..

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas perkongsian..

    BalasPadam
  3. Terbaik. Terima kasih perkongsian.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com