Apa Perubahan Yang Perlu Kita ada Untuk Tahun Baru? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Apa Perubahan Yang Perlu Kita ada Untuk Tahun Baru?

AFB Feeds

16 Januari 2019

Apa Perubahan Yang Perlu Kita ada Untuk Tahun Baru?


Assalammualaikum & hello there.

Alhamdulillah, 16 hari berlalu di tahun baru tapi korang sempat untuk berazam lagi. Tak kesahlah nak azam per tahun, atau per bulan ataupun per hari. Terserah pada diri korang sendiri. Your choice in your hands. 

Sejujurnya, manusia yang tiada azam, terdiri daripada manusia yang give up dalam kehidupan
dan mahu orang lain juga sama-sama seperti dia, untuk terus give up dalam kehidupan. Jadi, jangan layankan dia. Korang teruskan je dengan azam dan teruskan impian untuk jadi 'The Best Version' diri korang, dari sebelumnya.


Apa Perubahan Yang Perlu Kita ada Untuk Tahun Baru?

1. Belajar untuk melihat semula. 

Korang kena cuba belajar kebaikan pada semua benda yang jadi, tak kira kau diberikan dugaan mahupun nikmat. Contohnya, kau hilang seseorang yang kau sayangi dan kau fikirlah bahawa, itu mungkin cara Allah mahu kau lihat, semua ini memang betul-betul sementara. Dan kenapa kau tetap fokus pada benda sementara dan bukannya fokus pada Dia yang mencipta? Fikirkanlah.

2. Forget the past. 

Antara sebab manusia tidak mahu gerak dan masih tolol dalam kehidupannya adalah disebabkan mereka terlampu terikat dengn kisah silam mereka. I know that, kisah lampau itu ada indah dan ada sedihnya. Tapi jangan biarkan kenangan lama kau itu, cengkam diri kau untuk lebih mekar di tahun berikutnya. 

Kau patut cuba benda baru, cabar diri kau untuk keluar dari kepompong selesa kau dan kejarlah apa yang kau rasa, boleh buat kau bahagia. Beranilah perjuangkan apa yang kau mahukan, instead of asyik menyalahkan keadaan dan sentiasa beringat yang kau tak boleh ubah benda yang sudah jadi tapi kau masih boleh ubah, siapa kau, di hari berikutnya.

Kesimpulannya,

Everybody feel like shits sometimes. Life is not always that happy. Kau boleh pilih untuk stuck dengan kehidupan sekarang, rasa tak indah sekarang ini atau kau boleh cakap dekat diri kau,

"I DONT CARE apa orang nak cakap pasal aku! I just want to be happy dan aku perjuangkan apa yang aku mahukan. Aku mahu bahagia dunia dan akhirat."

Selamat maju dan berjuang untuk tahun 2019 dan berikutnya.

1 ulasan:

  1. chaiyokkk.. sekurang-kurang kena ada sedikit perubahan dalam diri kita

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com