Keranamu, Baju Nikah Ku. - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Keranamu, Baju Nikah Ku.

AFB Feeds

26 Disember 2018

Keranamu, Baju Nikah Ku.

Assalammualaikum.

I tahu tajuk entri agak lain macam sikit hahahah nak gelak pun ada. Yes, my wedding dah tak lama lagi, kurang 94 hari kalau tak silaplah. Preparation pun nampaknya macam kelaut sikit. Bulan 1 baru nak kursus nikah, nak settlekan borang borang nikah bagai. I rasa macam sempat ke nak hadap semua ni. Alhamdullillah pelamin, photographer dah booking last week. 

Bakal mak mertua gelabaah nk percepatkan majlis. Kalau ikutkan hati I memang nak buat bulan 8, so ada lah masa nak lambat-lambat. Tapi apakan daya, impak dari mak mertua. Terus cepat cepat I booking mana yang patut.

Nak dijadikan cerita, baju nikah ni I pening manjang sampai naik migrain. So tunang I nak sangat baju warna biru cari aka baby blue untuk hari nikah. Tapi warna baby blue ni susah tau nak cari. Tapi I ni kejap nak beli kain pastu custom made jahit. Kejap nak cari kat online pastu tambah je mana yang patut. Dah alang-alang baju nikah ni boleh buat baju raya terus. Naik pening di buatnya.

Harga dia kemain lagi tapi warna yang I nak tak ada pun.

Bila dipikirkan balik, rugi sebenarnya bila beli kain then custom made jahit kat tailor. Mungkin cecah 250 ringgit. Kalau beli online cari yang simple then tambah manik-manik may be last then 180 ringgit macam tu lah. I memang bajet untuk my wedding, tak nak over 12K overall untuk majlis. 

Majlis pun 2 hari je tak kan nak perhabiskan duit sampai 15-16K, no no no. I tak nak buang duit I macam tu je. I know, this is once in my life tapi biarlah berpada. 

Then, bila cari online harga pulak mak aii 250 ringgit ke atas. I dah give up dah nak cari baju nikah ni. Pening kepala aihh. Padahal guna sehari je pun. Kenapa makin lama makin mahal ea? I dah buat keputusan nak cari baju below then 100 ringgit, design tak kesah lah mana, then I tambah manik-manik untuk cantikkan lagi baju nikah tu. 

I bajet 400 ringgit untuk baju nikah I dan bakal husband. Baju melayu, sampin dan songkok memang boleh dapat 200 ringgit. Tapi yang perempuan punya memang leceh, kang nak berveil bagai pastu kos untuk tudung nikah tu tak kira lah ea? Kadang I ni nasihatkan juga pada diri, simple and minimize bajet. Jangan terikut orang! Dengar tu Ombak Bergigi!!

Ni baru kisah baju nikah, korang tunggulah cerita pasal pelamin, doorgift benda benda nak kahwin nilah. Mesti I update entri. Apa apa pun doakan majlis I nanti berjalan dengan selamat ye. 

8 ulasan:

  1. Wah dah nak kawin dah dia.. Hehe.. Semoga semuanya berjalan lancar..

    BalasPadam
  2. wah tahniah dah nak kahwin hehehe semoga dipermudahkan!

    BalasPadam
  3. bagus-bagus berjimat, sebab lepas kahwin banyak nak guna duit om. dalam ig banyak year end sale ni. boleh grab mana berkenan. insyaAllah ada tu. :D

    BalasPadam
  4. try tengok harga untuk sewa. kot dapat murah lagi kan

    BalasPadam
  5. boleh try sewa baju. kalau beli kain and tempah jahit + manik pun kadang2 boleh jadi mahal.
    Good luck sis, moga dapat buat majlis ikut bajet, lepas tu boleh share hihi.
    ☆ Atheera ☆

    BalasPadam
  6. smoga semuanya berjalan lancar..

    BalasPadam
  7. As pun nak cari baju kawen gak... kalau jumpa yg murah2 update la yer...

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com