KAU TUNGGU SIAPA? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: KAU TUNGGU SIAPA?

AFB Feeds

13 September 2018

KAU TUNGGU SIAPA?


Assalammualaikum.

Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau,
untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat tunggu kau, kau kahwin dengan orang lain.

Ya, kita memang harus memilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat
itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Kau tidak tahu, 
menunggu itu sakit dan ianya sangat menyeksakan. Dia menunggu akan
buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata,

"Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu."

Buat penyuruh tunggu,

Jangan janji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu
jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa.

Buat yang disuruh tunggu,

Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika di serios, dia pantaskan.
Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jika tiada jodoh, Tuhan persulitkan. 
Belajar terima takdir Tuhan.

1 ulasan:

  1. eh jap. kenapa kita punya cerita ni macam sama eh ? konfius jap. macam baca isi hati sendiri. same goes to me lah, suruh tunggu lah, kalau kita tak kawen lagi nnti dia datang. wat the heck? kalau kita tunggu pastu dia tak tunaikan macam mana? taknak cakap taknak, senang cerita. Habis. fullstop. ok sis emo jap . hahaha

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com