AHA & BHA, what's that? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: AHA & BHA, what's that?

AFB Feeds

5 September 2018

AHA & BHA, what's that?


Assalammualaikum. 

Korang mesti ada yang tak tahu tentang AHA & BHA. Meh I kongsikan dan sila baca sampai habis ye. AHA & BHA ni chemical exfoliator. Basically, exfoliator ni proses nak buang sel kulit mati dekat kulit, tak kisahlah kat muka ke badan ke. AHA atau BHA ni just tepek dekat kulit, tak payah tonyoh-tonyoh macam scrub. Just biar je kat atas kulit.

Naturally, kulit kita memang boleh je singkirkan sel kulit mati sendiri.Tapi bila dah tau nanti, hormon asyik terdedah dengan environment dan proses nak hilangkan sel kulit mati tu makin slow, kadang dia terus stop.

Tapi bila kita tak exfoliate, inilah penyebab jerawat, pores tersumbat, dullness nampak tak bermaya dan macam macam lagi. Then bila kita pakai product lain, terus tak okay sebab dah banyak sel kulit mati melekat di kulit muka.

Kalau scrub kita guna 2-3 kali seminggu tapi untuk chemical exfoliator ni, its depend on your skin. Kalau banyak sangat guna, nanti terover oxfoliate pulak.


AHA? 
ialah Alpha Hydroxy Acids dimana ianya untuk exfoliates SURFACE of your skin. AHA ni menghalang sel kulit mati dari jatuh & terperangkap dalam pori. 
Benefit AHA : reduce fine line, scars, dark spots, hyperpigmentation & uneven skin tone. Ianya suitable with all skin types, great for those with dry skin.

BHA?
ialah Beta Hydroxy Acids dimana ianya untuk exfoliates INSIDE a pore. BHA ni merawat pori tersumbat, allow oil in the pore flow out more freely.
Benefit BHA : clears pores (gets rid of blackhead & minimize pores), treat breakouts, clears excess oil. It best for combination, oily or acne-prone skin.


Korang boleh je guna pakai dua dua terus. AHA + BHA tapi pakai BHA dulu, then baru pakai AHA. Sebab BHA dia absord sampai ke dalam pores. Jadi BHA dulu, but korang kena check kulit korang kang takut over exfoliate. BETTER pakai selang sehari. Hari ni pakai BHA, esok pakai AHA. 




Before beli BHA/AHA korang boleh refer product di atas. Tak pun just tanya mr google. Any pertanyaan boleh komen di bawah. In shaa Allah I akan jawab.




2 ulasan:

  1. Menarik baca pasal kecantikan ni.. hehe

    BalasPadam
  2. Nak try. Dekat mana boleh beli produk-produk ni? Yang bukan online ade tak?

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com