Aku ada masalah dengan sesuatu 
yang ku tunggu iaitu
HATIMU,

yang dulu selembut salju, 
kini sudah sekeras batu.

Kau ada masalah dengan sesuatu
yang kau cita iaitu
JIWA DIA,

yang dulu setulus kaca, 
kini sudah serabut belantara.

Dia ada masalah dengan sesuatu
yang dia cipta iaitu
CINTA DIA,

yang dulunya pada mu,
kini entah pada siapa.

Dan kita bagaimana?

- saifullah norddin

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!