Skincare Rutin (Part 2) | From The Beast To The Beauty ❤ - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Skincare Rutin (Part 2) | From The Beast To The Beauty ❤

AFB Feeds

29 September 2017

Skincare Rutin (Part 2) | From The Beast To The Beauty ❤

Assalammualaikum.


Selamat pagi semua. Bagaimana pagi korang? Dah sarapan ke? Entri ini adalah sambungan daripada entri yang lepas iaitu Skincare Rutin (Part 1) | From The Beast To The Beauty ❤ . Sebenarnya cara kita menggunakan skincare tu pun adalah sangat penting. Kadang ada je pengguna menggunakan produk dengan cara yang tidak betul. Bila kita cuci muka, tolong jangan gosok sangat macam kita gosok badan. Please don't! Kulit muka kita memang nipis, jadi kena betulkan semula cara mencuci wajah dengan betul.
1. Eversoft Scrub (Blackhead Clearing)
2. St.Ives Apricot Scrub (Fresh Skin)

Siapa peminat scrub? Scrub korang guna 3 kali seminggu and please don't used everyday. Kita scrub muka hari-hari, tipislah kulit muka tu nanti. Bila dah tipis, keserapan toner atau pencuci muka susah nak diserap. Kulit makin sensitif bila scrub hari-hari. Scrub fungsinya untuk tanggalkan sel-sel kulit mati yang terlekat di kulit wajah. Om guna scrub 2 kali je seminggu. Om suka guna St.Ives sebab teksturnya sangat lembut dan wangi. Korang boleh dapatkan di watson atau guardian ya.

1. Nano White Toner
2. Mary Kay Botanical Effect F3 (Toner)

Nak segarkan kulit selepas mencuci muka? Nak cream atau foundation cepat serap? Korang kenalag guna toner. Lepas cuci muka, toner adalah langkah kedua. Toner wajib guna tiap pagi dan malam. Simple thing tapi wajib konsisten pemakaianya. Barulah kulit flawless.

1) Nano White toner, Om tak ingat berapa harga dia. Om pakai toner ni sebab toner Mk dah nak habis. Toner MK mahal sikit tapi bagus. So I choose Nano White, time beli kat watson ada aunty promote dekat Om, kemain suruh beli. Tak elok pulak hampakan hati orang tua, Om pun belilah. Setakat ni, okay je pakai.

2) Toner ni memang bagus. Kulit jadi gebu gebas gittew. Mary Kay Botanical Effect F3 (Toner) Om beli one set. Dekat 300 lebih. Semata-mata nak bebas jerawat.

1) Mary Kay Timewise 3in1 (Moisturizer)
2) Mary Kay Sun Protector SPF 35++
3) Ultimate Serum Melacep Plus by Mary Kay

1) Mary Kay Timewise 3in1 (moisturizer) harga RM90 kalau tak silap. Syu beli ni sebab pelembab MK botanical effects dah habis. Jadi syu cuba untuk pakai pelembap yang ni pulak. Fungsi pelembap, mana yg tak tahu lagi tu, sebenarnya nak tutup pori pori yg dh terbuka. Kalau tak tahu pori itu apa, sila google ye. Disamping nak tutup pori, ha bagus utk melembabkan kulit kita. ☺️ Pelembab kne guna tiaptiap hari pagi dan malam tau!

2) Mary Kay Sun Protector spf 35++, harga RM125. Menangis nak keluar duit banyak tu untk protect my skin dari kne cahaya matahri time keje. Syu tak berapa suka guna sebab nampak sangat berminyak. Tpi tu yg bagus sebenarnya. Pakai sunblock a.k.a sun protector mmg dh jadi rutin org2 korea. Sbb tu kulit org korea memang lawo lawo. Kita geram! Really recommended.

3) Ultimate Serum Melacep Plus by Mary Kay berharga RM350. Serum pemutih no 1 dunia. Banyak majalah dah review tentang serum ni. Syu beli semata nk cerahkan sikit kulit yang teruk kne sunburn. Dh bertahun keje baru nak putihkan kulit, yup memang take time. Syu percaya giler kat serum ni. 3 minggu memang cerah. Adui. Maaf sebab xde gmbr compare. Now syu tak guna dah sebab dh habis satu hal, nak beli? Ha nantilah dulu. Serum ni kalau konsisten pakai berbulan, yup memang cerah. Trust me ☺️

Macam mana? Korang mesti fikir Om ni kaya, pakai yang mahal-mahal. Tak sebenarnya! Om cari bagai nak mati duit untuk beli produk ni. Alhamdulillah sesuai dengan kulit. Hopefully entri ini membantu korang semua ya. Kita sambung lagi untuk part 3.

Komen yang murni ya!




1 ulasan:

  1. Betullah kan Mary Kay ni mahal dan bagus. Banyak kali dok pertimbang, tapi... Hmmm 😪

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com