Assalammualaikum dan hai semua.
Tajuk entri yang menarik untuk korang baca hari ni. Rugi tak
baca tau. Om nak kongsi apa yang Om tahu daripada pembacaan Om. Di zaman moden
kini, ramai yang menjadikan trend membawa perempuan tidur di rumah (lelaki),
walaupun keluarga (lelaki) semua ada di rumah. Ada yang kata elok, ada yang
kata tak manis.
Apa yang Om tahu, trend ni bukan baru lagi. Sebenarnya,
trend ni adalah kurang sihat. Yelah, walaupun kelihatan sopan, sebab membawa
pasangan untuk dikenalkan kepada ibu bapa. Memang tak salah, tapi itu bukan
platform untuk tidur di situ. Sebab apa? Sebab perempuan tu kan masih di bawah
tanggungjawab ibu bapa dia. If anything happen, siapa yang susah?
Kan lebih elok kalau lelaki atau perempuan itu membawa ibu
bapanya untuk dikenalkan dengan bakal besan. Itu lebih selamat. Kalau dah akad
nikah tu, terserahlah nak bermalam berapa malam di rumah mak mertua. Pilihan di
tangan anda, sebab hubungan kekeluargaan dah sah. Ini tidak, belum ada hubungan
yang sah, dah beria-ia nak tidur rumah pasangan. Kononnya nak kenal keluarga
pasangan dengan lebih rapat. Tapi lepas akad nikah, tak bersungguh pula.
Bagi Om, boleh nak kenal kenal tapi tak perlulah tidur di
rumah pasangan. Tak manis orang pandang. Tapi itulah, sekarang ni nak cakap
banyak pun, kita yang disalahkan. Masing masing dah boleh fikir mana baik mana
buruk. Better think carefully.
Wallahualam.
0 Ulasan
Sila tinggalkan comment korang disini!